Sistem Penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga

Emel :
Kata Laluan:
  Terlupa kata laluan?
Bukan Kontraktor Berdaftar ? Daftar di sini
Jumlah Pengunjung :  8,177,937 (Sejak 15hb Mei 2006)
Muka Depan Tempahan Bantuan Hubungi Kami
 
Pembayaran Pendaftaran, Pembaharuan Pendaftaran dan Pembelian Dokumen Tender/Sebutharga Boleh Dibuat Menggunakan
  Sila Klik Pada Ikon Di Atas Untuk Panduan Pembayaran  
Langkah-langkah Pendaftaran, Pembaharuan Pendaftaran, Tambah Bidang MOF/PKK/CIDB, Kemaskini Tarikh Luput MOF/PKK/CIDB
   
  Sila Klik Ikon Di Atas Maklumat Lanjut  
Senarai Carta Tender Senarai Penender Berjaya
1 November 2014, 4:42 pm
Utama » Pembelian » Maklumat Tender

 
Tajuk Tender CADANGAN KERJA-KERJA MENAIKTARAF KEMUDAHAN AWAM DI PANTAI REDANG, SEKINCHAN, DAERAH SABAK BERNAM
Petender Majlis Daerah Sabak Bernam
Nombor Tender SH 2014/9/JL/12/1/14
Tarikh Jual 20 / 01 / 2014
Tarikh Tutup 27 / 01 / 2014
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar PEJABAT YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM 45300 SUNGAI BESAR SELANGOR DARUL EHSAN
Tender dibuka kepada Bumiputera sahaja
Harga Dokumen RM 50.00


Kod Bidang CIDB  
Kod Penerangan Syarat
Gred G2 - CE - CE01 Pembinaan Jalan dan Pavmen (Pembekal) dan
Gred G2 - CE - CE14 Lanskap (Pembekal)

 » Syarat
1. Tawaran ini adalah dipelawa dari kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mempunyai Sijil Perolehan Kerja Kerajaan di dalam, kategori dan pengkhususan berkaitan serta berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN) dan masih dibenarkan membuat tawaran pada masa ini bagi kerja berikut :

2. Sebutharga ini hanya terbuka kepada semua kontraktor yang mempunyai sijil CIDB yang masih sah tempoh sahaja

3. Borang Sebutharga boleh didapati pada waktu pejabat di Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan, Majlis Daerah Sabak Bernam mulai 20 Januari 2014 hingga 27 Januari 2014.

4. Sila bawa bersama sijil asal pendaftaran Perolehan Kerja Kerajaan (CIDB), Taraf Bumiputera semasa membeli borang serta berdaftar dengan MDSB dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Darul Ehsan (UPEN).

5. Dokumen yang dinyatakan di atas perlu dikemukakan semasa memohon borang sebutharga dan menyerahkan SATU (1) SALINAN Sijil CIDB, Taraf Bumiputera, berdaftar dengan MDSB dan UPEN dan bawa bersama COP SYARIKAT beserta bayaran RM 50.00 yang tidak akan dikembalikan.

6. Kontraktor yang berdaftar sahaja yang dibenarkan membeli dokumen sebutharga.

7. Borang sebutharga yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran pada 27 Januari 2014 pada atau sebelum jam 12.00 tengahari di Pejabat Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam, 45300 Sungai Besar, Selangor Darul Ehsan. Sila catatkan no. rujukan pada sampul surat di penjuru atas sebelah kiri.

8. Pihak Majlis Daerah Sabak Bernam tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran sekalipun. Pihak kontraktor yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 90 hari dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.



YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH SABAK BERNAM

“SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2008”
“SABAK BERNAM BERIMAN DAN BUDIMAN”

 

 
Resolusi Terbaik pada 800x600 | Copyright © 2014, SUK Selangor.