Sistem Penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga

Emel :
Kata Laluan:
  Terlupa kata laluan?
Bukan Kontraktor Berdaftar ? Daftar di sini
Jumlah Pengunjung :  8,274,542 (Sejak 15hb Mei 2006)
Muka Depan Tempahan Bantuan Hubungi Kami
 
Pembayaran Pendaftaran, Pembaharuan Pendaftaran dan Pembelian Dokumen Tender/Sebutharga Boleh Dibuat Menggunakan
  Sila Klik Pada Ikon Di Atas Untuk Panduan Pembayaran  
Langkah-langkah Pendaftaran, Pembaharuan Pendaftaran, Tambah Bidang MOF/PKK/CIDB, Kemaskini Tarikh Luput MOF/PKK/CIDB
   
  Sila Klik Ikon Di Atas Maklumat Lanjut  
Senarai Carta Tender Senarai Penender Berjaya
24 November 2014, 3:28 am
Utama » Pembelian » Maklumat Tender

 
Tajuk Tender CADANGAN PERKHIDMATAN BAGI MENCUCI BANGUNAN DAN PEMBERSIHAN KAWASAN DI IBU PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN SEPANG, CYBERJAYA SELANGOR.
Petender Majlis Perbandaran Sepang
Nombor Tender MP SEPANG 5/PU/05/04/200
Tarikh Jual 22 / 05 / 2009
Tarikh Tutup 03 / 06 / 2009
Masa Tutup 12:00 PM
Tempat Hantar Peti tender Majlis Perbandaran Sepang di Aras 2, Majlis Perbandaran Sepang, Cyberjaya.
Tender dibuka kepada Semua
Harga Dokumen RM 30.00

Kod Bidang Kementerian Kewangan  
Kod Penerangan Syarat
220401 ALAT KEBOMBAAN/ ALAT PENYELAMAT/ ALAT PEMADAM API (Pembekal) dan
220402 PERALATAN KAWALAN KESELAMATAN (Pembekal)


LAWATAN TAPAK  
Tarikh Masa Tempat berkumpul Tempat Lawatan Syarat Lawatan
26/05/2009 09:00
Bilik Teratai, Aras 2, Majlis Perbandaran Sepang
Majlis Perbandaran Sepang
wajib

 » Syarat
1. Kontraktor dianggap telah melawat dan mengetahui akan tempat kerja yang akan dijalankan dan berpuashati dengan syarat-syarat yang dikenakan dan mengkaji dengan terperinci masalah yang akan timbul bersabit dengan kerja ini supaya tidak menjejaskan perjalanan kerja nanti. Segala tuntutan yang bersabit dengan kerja ini tidak boleh dibuat dan tidak akan dilayan.

2. Kontraktor hendaklah memulakan kerja dalam tempoh 7 hari dari tarikh Pesanan Kerajaan dikeluarkan dan hendaklah mengikut arahan dan kelulusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, atau wakilnya.

a) Jika Kontrakor gagal memulakan kerja dalam tempoh 7 hari , indent akan dibatalkan dan tindakan secara tatatertib akan diambil terhadap Kontraktor mengikut syarat-syarat pendaftaran.
b) Jika Kontraktor tidak menyiapkan kerja dalam masa yang dijanjikan tindakan secara pembayaran gantirugi dan penggantungan lesen pendaftaran atau apa-apa cara lain yang difikirkan patut oleh Yang
Dipertua atau wakilnya.

3. Semua bahan-bahan yang dibekalkan dan digunakan hendaklah yang baru dan belum terpakai serta mempunyai mutu yang baik dan diperolehi dari dalam Malaysia dan mendapat kelulusan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang. Yang Dipertua tersebut juga mempunyai kuasa untuk meminta contoh-contoh untuk diperiksa sebelum bahan-bahan tersebut dibekalkan atau digunakan.

4. Hanya pekerja-pekerja mahir dalam bidang masing-masing sahaja patut digunakan. Kontraktor dan pekerja-pekerja hendaklah menjalankan kerja dengan baik dan cermat. Sebarang kerosakaan oleh sebab kecuaian pihak Kontraktor atau pekerjanya hendaklah dibaiki atas perbelanjaan kontraktor sendiri.

5. Apabila kerja siap, segala sampah sarap, serpihan dan lebihan hendaklah dibersihkan mengikut arahan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang atau wakilnya.

6. Kerajaan adalah tidak terikat dan bebas untuk melantik mana-mana kontraktor berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor yang difikirkan layak untuk menjalankan kerja yang dikeluarkan.

7. Kontraktor hendaklah mengambil Insuran bagi pekerjanya (Workment Compensation) atau caruman dengan SOCSO bagi semua pekerjanya sekiranya diperlukan.
8. Segala pertanyaan dan kemuskilan hendaklah dikemukakan ke Pejabat,

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SEPANG,
BBST BUSINESS PARK,
PERSIARAN SATU,
43900 SEPANG.

 

 
Resolusi Terbaik pada 800x600 | Copyright © 2014, SUK Selangor.