Sistem Penjualan Dokumen Tender dan Sebutharga

Emel :
Kata Laluan:
  Terlupa kata laluan?
Bukan Kontraktor Berdaftar ? Daftar di sini
Jumlah Pengunjung :  2,367,774 (Sejak 15hb Mei 2006)
Muka Depan Tempahan Bantuan Hubungi Kami

 

 

« Kembali

Pembaharuan Pendaftaran

1. Tarikh luput pendaftaran kontraktor adalah setahun dari tarikh kelulusan pendaftaran oleh agensi dibuat. Jika anda pernah membuat pembaharuan, maka tarikh luput pendaftaran adalah setahun dari tarikh pembaharuan terakhir dibuat. Maklumat tarikh luput dipaparkan pada ruang login Sistem Tender Online Selangor seperti Skrin 1.


Skrin 1

2. Kontraktor boleh membuat bayaran pembaharuan pendaftaran sebelum atau selepas tarikh luput tersebut.

3 Untuk memperbaharui pendaftaran, login ke Sistem tender Online. Klik pada link menu Pendaftaran -> Pembaharuan (seperti Skrin 2) atau klik link [Pembaharuan] (seperti Skrin 3)


Skrin 2


Skrin 3

3. Bayaran pembaharuan pendaftaran adalah sebanyak RM100 boleh dilakukan secara online menggunakan kad kredit atau CIMBClicks atau FPX. Untuk panduan pembayaran, sila klik pada ikon-ikon seperti pada Skrin 4 dalam portal ini untuk panduan.


Skrin 4

4. Sila semak resit bayaran pembaharuan selepas membuat bayaran.

5. Sekiranya berlaku masalah semasa pembaharuan, sila maklumkan kepada pentadbir Sistem Tender Online dengan klik link Hubungi Kami (seperti Skrin 5). Masukkan alamat Nama, Alamat Emel, Subjek dan Komen (masalah atau pertanyaan) dan klik butang Hantar.


Skrin 5

« Kembali

 

 

 
Resolusi Terbaik pada 800x600 | Copyright © 2010, SUK Selangor.